Menu
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu SejarahSejarah institut ini bermula pada 1934 apabila Kerajaan Negeri Selat mencetuskan idea penubuhan MWTC. MWTC telah direncanakan bagi melahirkan guru-guru wanita Melayu untuk mengajar di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Pada 31 Januari 1935, penubuhan MWTC diisytiharkan, setelah dilakukan pengubahsuaian blok-blok bangunan lama Hospital Melaka.
Terletak di lokasi seluas 38.9 hektar, institut yang berada dalam lingkungan pentadbiran Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah, kini terus berkembang, sejajar dengan perkembangan prasarana yang berlaku di sekelilingnya. Gabungan bangunan lama, yang masih digunakan sehingga kini, dengan bangunan baru, menjadikan IPG Kampus Perempuan Melayu begitu unik kepada warganya.
IPGKPM kini sudah melangkah ke era globalisasi dengan pelancaran Laman IPGKPM, yang disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Guru, Tuan Haji Sa'ari Hassan pada 28 Jun 1997. Pelan Strategik IPGKM (2005 – 2009) sedang giat dilaksanakan bagi mencapai ISO 9002, seterusnya menuju ke arah merealisasikan konsep "Institut Bestari". Terkini, IPGKPM sedang giat melaksanakan program integrasi teknologi maklumat (TM) dalam pengajaran dan pembelajaran, dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
IPGKPM berazam untuk terus berjuang ke arah penghayatan dan pembinaan semangat keintelektualan dan profesionalisme pendidikan perguruan berlandaskan FPK sesuai dengan ajaran Islam dan Kebudayaan Melayu.
Visi IPGKPM ialah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan guru menjelang 2010
Melengkapkan dan menggunakan sumber dan kepakaran secara optimum untuk melahirkan guru yang berkemahiran masa kini dan masa akan datang.
IMAN ILMU INTEGRITI
IPGKPM mengutamakan pemantapan iman, penguasaan dan penghayatan ilmu, kebijaksanaan berfikir dan kecekapan bertindak ke arah pembentukan jati diri insan guru yang berintegriti.
IPGKPM Melaka.Logo IPGKPM membawa pengertian yang berikut:Bintang berbucu lima melambangkan Rukun Islam yang lima dan juga Rukun Negara;
IPGKPM sentiasa memberi perkhidmatan pendidikan keguruan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan dan mencapai aspirasi negara dengan memastikan:
Menu
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu SejarahBerkaitan
Institut Institut Pendidikan Guru Malaysia Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Institut Teknologi Massachusetts Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Institut Teknologi Bandung Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia Institut Jantung Negara Institut Teknologi Maklumat Indraprastha DelhiRujukan
WikiPedia: Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu http://www.ippm.edu.my